11 Januari 2011

Chicken Chop, homemade punya...


Sekali-sekala rasa nak makan western kat rumah, jadi mari kita cuba sendiri resipi chicken chop yang lazat. Aku tak ingat aku ambil resipi ni dari mana, tapi nak share ngan korang jugak...:)

Untuk ayam crispy:

Ambil ayam bahagian peha dan dibuang tulang
Tepung gandum untuk salut ayam
1 biji telur 
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Salut ayam dengan tepung gandum yang telah dicampur dengan garam. Pastu celup ayam tersebut ke dalam telur, dan salut semula ayam tersebut ke dalam tepung gandum. Goreng deep fry dalam minyak yang panas.



Untuk kuah black pepper, aku dapat resipi dari blog Sudip Kayu. Seriuss mudah dan sedap sangat...

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom (ni aku tak dak stok kat rumah)
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam

Cara-cara:
Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih-buih gitu masukkan freshmilk,black pepper, mushroom & kiub pati ayam. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana. 

 

Untuk coleslow:

Kubis (dihiris nipis)
Carrot (dhiris nipis)
Bawang besar (dicincang)
1/2 botol yogurt asli (kalau sayur tu banyak pakai je satu bekas tu)
Mayonis ikut suka hati nak letak banyak mana

Cara-cara: Gaul jer semuanya tu. Sejukkan dalam peti ais...Yummy!

Untuk baked beans:

1 tin baked beans
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk lada hitam (kalau tak mau letak pun takper)
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air

Cara-cara:

Tumis bawang putih dan masukkan baked beans. Pastu masukkan sos tomato dan sos cili. masukkan air dan serbuk lada hitam. Tunggu mendidih tutup api. Sekejap jer masak ni, dalam 5 minit camtu..

Senang kan?? Ok selamat mencuba!

5 ulasan:

Aidanisme berkata...

weh tu kicap masin ke kicap manis?

Kancilbiru berkata...

tak kisah kicap apa pun, manis ke masin on jer...:)

Mknace berkata...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

ei berkata...

mintak share ye..

Kancilbiru berkata...

ei, boleh jer..silakan..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails