30 Disember 2009

Kacang Buncis Goreng Bersama Udang



Kacang buncis (dipotong serong)
Kubis Bunga
Lobak merah (dipotong nipis)
Udang ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun bole)
2 ulas bawang merah di tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk
Secubit garam
Sos tiram
Serbuk lada hitam(nak letak cili merah pun boleh)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.Masukkan lobah merah yang dipotong nipis. Kemudian masukan udang goreng hingga separuh masak.
2. Masukkan sedikit sos tiram dan serbuk lada hitam.
3. Selepas itu bolehlah letak kacang dan kubis bunga. Goreng bersama sama 2-3 minit. Letaklah garam secukup rasa. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap.

Resipi diolah daripada sini

18 November 2009

Gulai Ikan Kembung

Di sebelah utara, gulai dengan kari tu adalah satu menu yang sama. Kalau Kelantan & Terengganu, gulai tu lain pulak dengan kari..haha..macam-macam hal..

So harini meh jenguk one of aku punya favourite menu...Gulai Ikan Kembung atau belah utara panggil ikan termenung..boley??




½ kilo ikan kembung (nak potonr dua pun boleh)
5 ulas bawang merah}di hiris
4 ulas bawang putih}di hiris
1½ bungkus rempah kari ikan}di campur dng air asam jawa
2 tangkai daun kari
5 biji buah tomato
1 cawan pati santan
½ cawan air asam jawa
garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-cara:

panaskan minyak kemudian masukkan bawang dan daun kari sehingga naik bau.
kemudian masukkan rempah yang dicampur dng air asam jawa.
tggu shgga rempah masak dan masukkan pati santan,tggu shgga mendidih.
akhir sekali masukkan kacang bendi,ikan kembung,tomato dan garam secukup rasa.

Sumber dari sini...

11 November 2009

Sambal Tumis Sotong Kering



  • sotong kering - di rendam dan dibuang pasir
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu makan cili kering yang dah siap di blender bersama sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
  • garam & gula secukup nya
  • minyak masak untuk menumis
  1. Bersihkan sotong.
  2. 1/2 biji bawang besar dipotong dua. Ambil satu bahagian untuk diblender dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit air.
  3. Panaskan minyak dalam periuk kecil atau kuali. Tumis bahan blender dan cili blender sampai naik bau.
  4. Bila bahan tumisan dah agak kering dan pekat, masukkan sotong dan sebahagian lagi bawang tadi yang dipotong melintang.
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. Biarkan kuah kering dan pekat. Sebelum tutup api, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Myresipi dan diolah sedikit...

29 Oktober 2009

Spagetti Sardin



1 tin besar sardin (dihancurkan)

1 botol sos spagetti

4 sudu sos cili

2 biji tomato (didadu)

1 labu bawang besar (didadu)

2 ulas bawang putih (didadu)

1 cawan air

Cendawan butang (ikut suka)

Serbuk lada hitam
Cili padi yang dipotong halus
garam & gula

Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan yang telah didadu.

2. Masukkan ikan sardin dihancurkan.

3. Masuk sos spageti, sos cili, cili padi dan air.

4. Masuk tomato dan cendawan butang.

5. Masak hingga menggelegak.

6. Biarkan kuah menjadi pekat.

7. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

25 Oktober 2009

Nasi Goreng Cendawan & Ikan Bilis



Cara-caranya:

  1. Bawang merah, cili padi, belacan & bawang putih ditumbuk, kemudian tumis sampai wangi.
  2. Masukkan carrot dan ayam. Goreng sampai air dari ayam kering.
  3. Masukkan kiub pati ayam, sos tiram & serbuk lada hitam.
  4. Masukkan nasi, kacau bagi bercampur baik dengan bahan tumis tu.
  5. Pecahkan telur ayam sebiji dua. Gaulkan sampai sebati dengan nasi. Masukkan sedikit garam.
  6. Last sekali baru masukkan cendawan dan juga ikan bilis yang telah digoreng. Saya guna cendawan tiram. Takyah masak lama-lama..
Selamat mencuba!

13 September 2009

Ayam Masak Merah....


Mari jenguk cara-cara nak masak ayam masak merah pulakk....

Ramuan2:

Ayam (dah digoreng)
1/2 cawan cili boh / cili kering yang dah blend
4 ulas bawang putih (blend)
1 labu bawang besar (blend)
4 cm halia (blend)
3 batang serai (blend)
3 sudu besar sos cili
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
Asam keping
Garam, gula


Cara nak masak....

1. Tumis semua bahan blend tu sampai garing sket.
2. Masukkan cili yang dan blend tu. Tumis sampai la pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, garam, gula dan asam keping.
4. Masukkan ayam dan bawang besar yang dah dihiris tuu...
5.Gaul rata dan biarkan kuah sampai mendidih. Kalau kuah tu rasa pekat tuang air sket sampai ayam masak.
6. Siap...

12 September 2009

Nasi Goreng Kampung Sotong Enakk...

Nasi goreng ni asalnya ala..ala nasi goreng kampung tapi dek kerana tak dak ikan bilis, ada sotong ja so aku tukar le nama diaa.....hihi..

Bahan-bahan:

Nasi putih
Cili padi + 3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih + sedikit belacan (ditumbuk ok baru sedaap)
Sayur campur
Sotong
Sos tiram
Kicap cair
Sedikit garam
Kiub Pati Ayam
Telur
Garam / gula secukup rasa
Minyak masak

Hiasan: Keropok ikan



Cara-cara nak masak:

Senang jer.. nasi goreng kaann..

1) Tumis bahan tumbuk sampai garing sket.
2) Masukkan sos tiram, kicap cair, kiub pati ayam, sayur campur.
3) Masukkan sotong dan tunggu sampai sotong masak..
4) Masukkan nasi putih.
5) Gaul rata dan masukkan telur..
6) Masukkan garam gula secukup rasa tuu...
7) Siap boleh hidang dengan keropok ikaann....



10 September 2009

Ayam Masak Kicap

Terliur tak?? Angguk anggukk...
Well harini nak belajar resipi budak darjah 6 pun boleh buat nih...

Ayam masak kicap

Bahan-bahan:

Ayam le (digoreng dulu)
Kentang (digoreng dulu)
3 batang serai (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
bawang besar (dipotong bulat2)
2 -3 biji cili padi nak kasik kick my ass ketuk2 sket
Minyak
Kicap manis
Sos cili

Cara-caranya or cara-cara aku masak la...

1) Tumis bahan kisar tu sampai garing.
2) Masukkan kicap manis tu, kalau takdak letak la kicap apa pun...janji hitam..hehe
3) Masukkan sos cili dalam 3-4 sudu besar
4) Masukkan ayam dan kentang yang dah digoreng
5) Masukkan bawang dan cili padi
6) Taram 2 -3 minit dalam kuali tu then angkat...

Takyah la nk letak garam ke gula ke..kicap tu dah masin... Sekiaaann...

03 September 2009

Puding Susu Koktel



Meh jenguk ramuannya:

Agar-agar (kalau serbuk pakai satu paket, kalau strip guna 1/2 jer)
2 biji telur ayam
1/2 tin susu cair
4 cawan air
3/4 cawan gula
2 sudu kastad
1 tin fruit koktel
1/4 cawan air fruit koktel

Cara-cara:
1) Masak agar-agar tu sampai larut dengan 4 cawan air.
2) Masukkan susu cair dan gula.
3) Masukkan telur yang dah dipukul dulu.
4) Masukkan sedikit air fruit koktel tu dan kacau bagi larut.
5) Masukkan kastad.
6) Last masukkan fruit koktel tu....then tuang ke dalam bekas.

Sejukkan dulu baru ngappp!!!!!!!

27 Ogos 2009

Kacang Buncis Goreng Dengan Sotong

Auww..mak tak rela nyahh...Yerlaa.. 'sotong' kan..lembut la sket..hihi jangan mare..

Aku ni nak makan mesti ada sayur. Kekadang tu masak nasi goreng ke, even masak maggi pun, sayur meremut dalam pinggaaan... Jadi meh share resipi sayur aku goreng live dari dapur saya yer..

Bahan-bahan:

Kacang buncis (ikut suka banyak mana)
Kubis (ikut suka hati)
Sotong 2-3 ekor ikut size sotong tu lerr
Bawang putih 2 ulas ni kasi tumbuk sket
Cili merah untuk hiasan
Sos tiram 2 sudu
Garam & gula
Minyak masak
Air

Then:

Tumis bawang putih
Masukkan sotong biar separuh masak ja ni
Masukkan sos tiram
Masukkan kacang & kubis tadi
Goreng sampai kelayuan then masukkan air sket..
Masukkan garam & gula
Last sekali masuk la cili merah... siap!!!!
Pastu santaappp!!!!!!!

26 Ogos 2009

Sambal Udang Dengan Kentang

Ni sebab stok udang tinggal sikit, so aku pun letak le ubi kentang, nak bagi ramai.. haha. So meh kita usha sket resipi ni... Aku ni jenih main campak-campak ja.. pepandai la agak..

Bahan-bahan:

Udang sekilo
Kentang 2 ketol (goreng dulu)
7-10 tangkai Cili kering (diblend)/ cili boh pun oke...hampa boh jaaa...:p
2 Bawang besar (diblend)
1/2 bawang besar dihiris bagi nipis ni hiasan saja...
4 ulas Bawang putih (diblend)
Belacan besar ibu jari (diblend) kalau nk rompong idung tambah lebih sket..hihi
1 mangkuk Air asam jawa / asam keping pun 'on' tapi nnti kuah kering..
Minyak
Gula & Garam

Then:

Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan berlabel 'blend' tu.
Dah nampak masak sket cili tu then masuk ler air asam jawa.
Tunggu sket sampai cili tu kering then masukkan udang.
Masak lagi sampai udang masak.
Masuk ler garam , gula.
Last kali masukkan kentang yang dah goreng tu dengan bawang yang dah hiris tadi...

Tu ja..senang kan?? aku mmg masak yang senang2 ja sbb yang susah2 aku masak kat kedai .. haha...

22 Ogos 2009

Sambal Tumis Udang

Meh kita blajaq cara-cara nak masak sambal tumis udang. Cara aku la...

Udang basah yang halus (size ikut suka)

1 senduk cili boh (lagi sedap pakai cili kering blend)

10 ulas bawang merah (blend)2 ulas bawang putih (blend)1 inci belacan (blend)

Air asam jawa / asam keping

GulaGaram

2 senduk minyak kelapa

******************************************************

Cuci udang pastu toskan.

Masukkan minyak dalam kuali ka periuk ka sukati korang ler..

Tumis cili dan bawang yang telah diblend tadi.

Dah nampak garing sket,masukkan 1 cawan air. Tutup periuk. (ni penting takut sakit perut lak kalau cili tak masak..hihi)

Apabila keluar minyak kacau skit.

Dah tu masuk plak satu mangkuk air asam jawa, gula, garam.

Last sekali masukkan udang dan tutup periuk.

Bila sudah berminyak dan pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Pastu apa??? Makaaann...oo bab makan pandai ja noo..

17 Ogos 2009

Maggi Perisa Belacan



Ini hanyalah maggi biasa... Perisa standard yang ada di kedai tu...
Tapi untuk menyedapkan rasa lagi, masukkan sedikit belacan.. kalau boleh yang serbuk la.. kang masuk yang buku-buku tu rasa mcm makan belacan pulak kan..

Yup, ni resipi yang saya dapat masa pergi berkursus ye.. Penceramah yang bagi tau. not bad gak rasa dia! Ubah selera sekali sekala ya dokk?

Teknik masakan dia terpulang pada puan-puan cuma masukkan sedikit serbuk belacan untuk menikmati maggi cara Melayu..

Selama mencuba!!

Kurma Lemak Daging


Lama sungguh tak masak kurma ni. Holaah, kebanyakan orang suka gulai lagi daripada kurma.

Meh kita jenguk resipi dia. Bahan-bahan dia kor
ang agak2 la sendiri yer...

Bahan tumis:
1 Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
4/5 Bunga cengkih
2 biji Buah pelaga
6 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
Halia(besar ibu jari) haha

Bahan utama:
Daging dipotong ikut suka
Kentang dipotong sesuka hatimu
Rempah kurma (pakai sepaket sudah kalau nk makan kt umh)
Santan
Bawang besar (belah 4)
Cili merah / hijau
Minyak masak untuk menumis
Garam, gula, lada sulah

Cara-cara nak masak:

Tumis bahan-bahan menumis tu dulu. Pehtu bancuh rempah tu dengan sikit air dan tumiskan sekali. Ada juga yang perap dulu daging dengan rempah tu. Tapi ikut cara memasing le kan. Bila dah pecah minyak tu, masukkan daging dan kentang. Dan masukkan air untuk nak empukkan daging dan kentang tu. Bila daging dah lembut, masukkan santan, bawang besar, cili. garam , gula dan lada sulah. Biarkan dulu sampai la naik minyak. Then tutup le api. Nanti terbakar dapur.. hehe. Siap!!




Selamat mencuba!

04 Jun 2009

Kuetiau Bandung



Lama tak update dapur kan. Sekarang ni selalu masak yang simple-simple jer. Layankan...

22 Mei 2009

ABC Tesco



ABC Tesco yang simple sajorr

06 Mei 2009

Telur Setengah Masak



Sejak 2 menjak ni, sy dah jarang masuk dapur. Kalau masuk pun, sbb nak minum air...muehehe...btw, weekend haritu ibunda tercinta datang rumah. Then dibelinya satu rack telur ayam..dah tak muat peti ais lagi 3 biji, so sy pun buat la telur setengah masak. Dah lama tak buat sebab kunun2 kolestrol. Sekali hamik kau...3 biji...

04 Mei 2009

ABC 123

Sedap tak? Sedap tak? Sila terliur ok...

30 April 2009

Cuba teka apa namanya?

Harini ada vendor datang office bawakan sejenis dessert..rupanya agak unik dan rasanya pun sedap..kalau tahu nama, sila maklumkan ya..hihi..

Satu warna hijau satu warna kuning..yang hijau isinya mangga ...sedap sangat mangga tu. Yang warna kuning, isinya nangka. Dia ada satu lapisan kulit lembut di luar dan ada krim...Sangat lembut...tapi sayang, apa nama pun tak tahu...tahu ngapp jer...;P

24 April 2009

Roti kapit telur sajork!



Ah..tetiba sedap pulak makan roti kapit dengan telur je..kemain..Then letak kubis campur mayonis dgn black pepper. Walaupun tak semenggah, baked beans tu yg buat ketagih..huhu..para penonton, abg-abg, adik-adik...sila gelek try kat umah....ketagih wehh..jgn lupa sos cili dan mayonis! Pehtu letak sayur banyak-banyak bagi bunyi krup..krup...marbeles!



17 April 2009

Koeyteow tanpa nama!


Semalam aku masak koeyteow..setelah sekian lama tak jenguk dapur..asalnyer nak buat koeyteow kungfu tapi salah kungfu jadi cm ala-ala koeyteow bandung plak...sebab aku main campak-campak...yang penting..wallahhhh......

04 April 2009

Udang Goreng Kunyit

Ni resipi mudah bangat....

Bahan-bahan:

Udang hidup

Cili Padi

Bawang besar yang dihiris bulat

Tomato ceri

Garam

Serbuk kunyit

Sos tiram

Minyak masak


Cara memasak:

1) Gaulkan udang dengan garam & kunyit dan goreng.

2) Bila udang tu dah nampak nak masak, masukkan sedikit sos tiram.

3) Masukkan tomato. bawang besar dan cili padi.

4) Siap untuk di makan...hehe

Senangkann...

Ni aku nyer all time feberet dish ni. Udang goreng kunyit. Sebab mudah dan sedap...mudah la bagi org pemalas kan.. tambah kan sayur untuk kasik lagi berkhasiat dan berwarna. Orang cakap, taktau sape yang cakap, seafood ni banyak toksin. so kalau takmau bagi jadi toksin, makan ler dgn kulit-kulit..betul ni. tak tipu..jadi, mulai sekarang, jangan kupas kulit bila makan udang yer,....tenkiu..

31 Mac 2009

Homemade daging burger


Please ignore daging ku yang garing ...


Semalam sy sangat lapar. Tapi taktau nak makan pe. Instant mee ada tapi sgt lah buhsan nyer. So sy decide la buat burger walaupun takde dressing dan roti burger. Hantam saja lahhh.

Resipi:
Daging cincang

Lada hitam
Daun sup
Bawang yang dikisar
Perapan halia
Garam
Marjerin

Bentukkan seperti bentuk daging burger biasa dan masakkan atas sedikit marjerin / minyak.
Goreng hingga garing.
Hiaskan dengan salad, sos dan mayoniss...Walahhhhhhh...........



Pastu sempat gak buat salad buah. Letak buah epal dan buat lai sajor. Then, letak mayonis. Lazaattt...Sila cuci mata ya.

23 Mac 2009

New Name

Saya telah menukar nama blog ini...nanti saya update lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails