18 November 2009

Gulai Ikan Kembung

Di sebelah utara, gulai dengan kari tu adalah satu menu yang sama. Kalau Kelantan & Terengganu, gulai tu lain pulak dengan kari..haha..macam-macam hal..

So harini meh jenguk one of aku punya favourite menu...Gulai Ikan Kembung atau belah utara panggil ikan termenung..boley??




½ kilo ikan kembung (nak potonr dua pun boleh)
5 ulas bawang merah}di hiris
4 ulas bawang putih}di hiris
1½ bungkus rempah kari ikan}di campur dng air asam jawa
2 tangkai daun kari
5 biji buah tomato
1 cawan pati santan
½ cawan air asam jawa
garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-cara:

panaskan minyak kemudian masukkan bawang dan daun kari sehingga naik bau.
kemudian masukkan rempah yang dicampur dng air asam jawa.
tggu shgga rempah masak dan masukkan pati santan,tggu shgga mendidih.
akhir sekali masukkan kacang bendi,ikan kembung,tomato dan garam secukup rasa.

Sumber dari sini...

11 November 2009

Sambal Tumis Sotong Kering



  • sotong kering - di rendam dan dibuang pasir
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu makan cili kering yang dah siap di blender bersama sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
  • garam & gula secukup nya
  • minyak masak untuk menumis
  1. Bersihkan sotong.
  2. 1/2 biji bawang besar dipotong dua. Ambil satu bahagian untuk diblender dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit air.
  3. Panaskan minyak dalam periuk kecil atau kuali. Tumis bahan blender dan cili blender sampai naik bau.
  4. Bila bahan tumisan dah agak kering dan pekat, masukkan sotong dan sebahagian lagi bawang tadi yang dipotong melintang.
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. Biarkan kuah kering dan pekat. Sebelum tutup api, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Myresipi dan diolah sedikit...

29 Oktober 2009

Spagetti Sardin



1 tin besar sardin (dihancurkan)

1 botol sos spagetti

4 sudu sos cili

2 biji tomato (didadu)

1 labu bawang besar (didadu)

2 ulas bawang putih (didadu)

1 cawan air

Cendawan butang (ikut suka)

Serbuk lada hitam
Cili padi yang dipotong halus
garam & gula

Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan yang telah didadu.

2. Masukkan ikan sardin dihancurkan.

3. Masuk sos spageti, sos cili, cili padi dan air.

4. Masuk tomato dan cendawan butang.

5. Masak hingga menggelegak.

6. Biarkan kuah menjadi pekat.

7. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

25 Oktober 2009

Nasi Goreng Cendawan & Ikan Bilis



Cara-caranya:

  1. Bawang merah, cili padi, belacan & bawang putih ditumbuk, kemudian tumis sampai wangi.
  2. Masukkan carrot dan ayam. Goreng sampai air dari ayam kering.
  3. Masukkan kiub pati ayam, sos tiram & serbuk lada hitam.
  4. Masukkan nasi, kacau bagi bercampur baik dengan bahan tumis tu.
  5. Pecahkan telur ayam sebiji dua. Gaulkan sampai sebati dengan nasi. Masukkan sedikit garam.
  6. Last sekali baru masukkan cendawan dan juga ikan bilis yang telah digoreng. Saya guna cendawan tiram. Takyah masak lama-lama..
Selamat mencuba!

13 September 2009

Ayam Masak Merah....


Mari jenguk cara-cara nak masak ayam masak merah pulakk....

Ramuan2:

Ayam (dah digoreng)
1/2 cawan cili boh / cili kering yang dah blend
4 ulas bawang putih (blend)
1 labu bawang besar (blend)
4 cm halia (blend)
3 batang serai (blend)
3 sudu besar sos cili
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
Asam keping
Garam, gula


Cara nak masak....

1. Tumis semua bahan blend tu sampai garing sket.
2. Masukkan cili yang dan blend tu. Tumis sampai la pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, garam, gula dan asam keping.
4. Masukkan ayam dan bawang besar yang dah dihiris tuu...
5.Gaul rata dan biarkan kuah sampai mendidih. Kalau kuah tu rasa pekat tuang air sket sampai ayam masak.
6. Siap...

12 September 2009

Nasi Goreng Kampung Sotong Enakk...

Nasi goreng ni asalnya ala..ala nasi goreng kampung tapi dek kerana tak dak ikan bilis, ada sotong ja so aku tukar le nama diaa.....hihi..

Bahan-bahan:

Nasi putih
Cili padi + 3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih + sedikit belacan (ditumbuk ok baru sedaap)
Sayur campur
Sotong
Sos tiram
Kicap cair
Sedikit garam
Kiub Pati Ayam
Telur
Garam / gula secukup rasa
Minyak masak

Hiasan: Keropok ikan



Cara-cara nak masak:

Senang jer.. nasi goreng kaann..

1) Tumis bahan tumbuk sampai garing sket.
2) Masukkan sos tiram, kicap cair, kiub pati ayam, sayur campur.
3) Masukkan sotong dan tunggu sampai sotong masak..
4) Masukkan nasi putih.
5) Gaul rata dan masukkan telur..
6) Masukkan garam gula secukup rasa tuu...
7) Siap boleh hidang dengan keropok ikaann....



10 September 2009

Ayam Masak Kicap

Terliur tak?? Angguk anggukk...
Well harini nak belajar resipi budak darjah 6 pun boleh buat nih...

Ayam masak kicap

Bahan-bahan:

Ayam le (digoreng dulu)
Kentang (digoreng dulu)
3 batang serai (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
bawang besar (dipotong bulat2)
2 -3 biji cili padi nak kasik kick my ass ketuk2 sket
Minyak
Kicap manis
Sos cili

Cara-caranya or cara-cara aku masak la...

1) Tumis bahan kisar tu sampai garing.
2) Masukkan kicap manis tu, kalau takdak letak la kicap apa pun...janji hitam..hehe
3) Masukkan sos cili dalam 3-4 sudu besar
4) Masukkan ayam dan kentang yang dah digoreng
5) Masukkan bawang dan cili padi
6) Taram 2 -3 minit dalam kuali tu then angkat...

Takyah la nk letak garam ke gula ke..kicap tu dah masin... Sekiaaann...