13 Januari 2011

Asam Pedas Tumis Ikan Pari


Got this resipi from Puan Aida. Yer serius tak penah masak resipi ni sebab aku kan orang Kedah. Asam pedas utara lain sikit. Kat sini dorang panggil asam rebus. Haishhh pening. Hahaha.. Puan Aida bagi kot chat window jer resipi ni...nasib jadi...hehehe..

Resipi:

Cara2nya: 
bwg putih 1 ulas, bwg merah 3 ulas, halia 1 inci, kunyit 1 inci, belacan sedikit. tumbuk mereka2 ini semua, pastu tumis dalam periuk ye. dah wangi2 tu masukkan cili giling dalam 3 sudu, lps naik minyak letak air asam jawa, letak air sikit,jgn byk sat g caroi pulak kuah tu. masukkan bunga kantan (ikut la korang nak potong macam mane), daun kesum dan ikan. letak garam sket. dah jadi.. 

Ha tu dia aku kopipes dari blog Puan Aida... 

Tapi aku tambah serbuk kari ikan satu sudu besar kasi 'kick'. Ni kak Ros bagi petua pulak..

11 Januari 2011

Chicken Chop, homemade punya...


Sekali-sekala rasa nak makan western kat rumah, jadi mari kita cuba sendiri resipi chicken chop yang lazat. Aku tak ingat aku ambil resipi ni dari mana, tapi nak share ngan korang jugak...:)

Untuk ayam crispy:

Ambil ayam bahagian peha dan dibuang tulang
Tepung gandum untuk salut ayam
1 biji telur 
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Salut ayam dengan tepung gandum yang telah dicampur dengan garam. Pastu celup ayam tersebut ke dalam telur, dan salut semula ayam tersebut ke dalam tepung gandum. Goreng deep fry dalam minyak yang panas.



Untuk kuah black pepper, aku dapat resipi dari blog Sudip Kayu. Seriuss mudah dan sedap sangat...

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom (ni aku tak dak stok kat rumah)
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam

Cara-cara:
Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih-buih gitu masukkan freshmilk,black pepper, mushroom & kiub pati ayam. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana. 

 

Untuk coleslow:

Kubis (dihiris nipis)
Carrot (dhiris nipis)
Bawang besar (dicincang)
1/2 botol yogurt asli (kalau sayur tu banyak pakai je satu bekas tu)
Mayonis ikut suka hati nak letak banyak mana

Cara-cara: Gaul jer semuanya tu. Sejukkan dalam peti ais...Yummy!

Untuk baked beans:

1 tin baked beans
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk lada hitam (kalau tak mau letak pun takper)
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air

Cara-cara:

Tumis bawang putih dan masukkan baked beans. Pastu masukkan sos tomato dan sos cili. masukkan air dan serbuk lada hitam. Tunggu mendidih tutup api. Sekejap jer masak ni, dalam 5 minit camtu..

Senang kan?? Ok selamat mencuba!

05 Januari 2011

Caramel Chicken wings

Lama dah craving for chicken wings. Tapi takkan asyik nak pegi makan kat kedai. Since my sister request nak makan, so kita cuba la..Cari resipi kat internet. Thanks to MyResipi atas resipi hebat ni tau...hihi. Jom tengok resipinya..

 

Bahan-bahan:

    * 8 keping kepak ayam - belah dua jadi 16
    * 2 sudu besar minyak masak
    * 3 ulas bawang putih - diketuk
    * 1 sudu besar halia - ditumbuk
    * 1 sudu besar sos ikan
    * 1 sudu besar kicap
    * 1 sudu besar sos cili
    * 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2.  Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat! 


Nak tahu lanjut, pergi ke MyResipi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails