02 Disember 2010

Nasi Tomato

 

Ni nama dia Nasi Tomato kesihatan..ekeke...Kenapa kesihatan? Sebab tak guna tomato puri langsung. Guna buat tomato jer..hehe..Tapi rasa tak ubah macam nasi tomato yang selalu dimakan tu. Ni resipi dari buku Senangnya Memasak Chef Hanieliza tapi aku olah ikut bahan yang ada kat umah aku ya..:)

Bahan-bahan:
4 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 biji buah tomato saiz besar (dicincang)
1/2 tin susu cair
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar minyak sapi (tapi aku gantikan dengan marjerin)
Daun pandan
Sedikit garam & gula
Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2-3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 kuntun bunga lawang

Cara memasak:

1) Tumis semua bahan tumis, marjerin, sos tomato tu dalam kuali asing hingga naik bau.
2) Masukkan tomato dan tunggu sehingga tomato sedikit lembik.
3) Masukkan susu cair, garam dan gula. Tunggu sehingga mendidih.
4) Bila bahan semua tu dan mendidih, masukkan beras ke dalam rice cooker, daun pandan dan bahan tumis tadi tuang atas beras tu. Masukkan sedikit air. Sukat jer air tu macam masak nasi biasa kalau tak sure..:P
5) Bila dah kering, kacau sedikit supaya masak sekata...

Siap! Lepas ni aku upload resipi Ayam Masak Merah Kesihatan pulak yer...hihihi. Selamat mencuba!

12 Oktober 2010

Ikan masin bulu ayam


Sedap! Yummy! Tapi sila abaikan bawang yang berselerak tu ya....

29 September 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Kopipes daripada blog Cik Mat Gebu..tapi diolah sikit...:) Terima kasih CMG!

Bahan-bahannya:
3 ekor ketam yang gemok-gemok
1 helai daun kunyit, disiat
Santan (ikut suka la nak banyak mana)
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
7 biji cili padi*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 batang serai*
2 inci halia*
1/2 inci belacan*
Sedikit minyak untuk menumis
bahan bertanda * dikisar

Cara memasak:
1. Siang ketam, buang kulit keras, gunting sedikit kaki2 ketam yg kecil dan ketuk sepit ketam, biar retak, kalau ketam besar, kerat dua. Cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar bersama asam gelugor dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit. Bila mendidih, tuang pati santan dan tambah sedikit gula jika suka. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan panas2....

Kalau nak tambah nanas pun boleh...lagi sedap ada masam manis...Selamat mencuba.

Resipi diolah sedikit daripada resipi gulai lemak ketam Cik Mat Gebu...

26 Ogos 2010

Udang Pedas


Resipi ni diubahsuai daripada resipi asal Kerang Pedas dalam buku Senangnya Memasak Chef Hanieliza. Nak masak ni simple dan mudah sangat..

Bahan-bahan:

Udang
3 biji limau kesturi - tapi aku gantikan dengan air asam jawa
1 labu bawang besar - potong gelang
Minyak masak
Garam

Bahan untuk kisar:

10 tangkai cili padi - terpulang pada tahap kepedasan yang kita nak, aku letak 7 jer..
2 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan - ni aku tambah sendiri..:)

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tu sampai wangi.
Masukkan udang dan bawang besar. Kacau sebati sehingga mendidih.
Tutup api, masukkan jus limau / air asam jawa tadi.
Siap.

Memang sedap, kena dengan selera family. Udang ni boleh juga gantikan dengan kerang atau sotong.. Selamat memasak!

15 Ogos 2010

Begedil Ayam


Begedil ayam ni memang feveret seisi keluarga terutama adik aku yang bongsu. Siap boleh demand lagi. hehe... meh tengok resipi yang simple tapi sedap, rasa sama macam kat kedai...:)

Kentang (direbus / digoreng hingga empuk, kemudian dilecek)
Isi ayam dihiris nipis
Bawang besar ditumbuk halus
Daun sup dipotong halus
Lada sulah
Sedikit garam
Telur untuk celup
Minyak untuk menggoreng

1) Gaul semua bahan di atas tu kecuali telur, kemudian kepal bagi bulat macam bola tu. Pastikan kejab betul supaya kentang tidak pecah semasa menggoreng.
2)  Masukkan sedikit garam ke dalam telur yang telah dipukul dan celup bebola tadi.
3) Goreng sehingga sedikit garing supaya isi ayam masak..
4) Siap untuk dimakan..

14 Ogos 2010

Yummy Burger Daging

 
Nampak sos tu macam lidah...ekeke...

Resipi tak yah la..semua beli ready made...:P 

Roti siap potong, slice cheese, tomato, bawang, daging burger Ramly, mayonis, sos cili, sos black pepper...

Jom makan burger..

30 Julai 2010

Mee Kuah Belasah Ajer....:P


Yer tajuk dah menggambarkan maksud sebenar. Memang main belasah jer buat mee kuah ni guna apa saja bahan yang ada dalam peti ais, termasuklah goreng sendiri bawang merah sebagai bawang goreng...

Resipi?

Takyah la....senang jer buat ni... Main campak-campak...yang penting, cukup rasa dan licin...:)

29 Julai 2010

Contest | I Smell Food Giveaway by Ibu Emir

Ibu Emir sedang buat contest...Contest "Saya Bau Makanan"...hahaha...best kan tajuk? Betul sebabnya hadiah dia pun best. Mari terjah...:)

Syarat-syaratnya mudah:

1. Open to my followers, those who don't you are most welcome to do so..
2. Post an entry of this giveaway with the title as above..
3. Put the above banner on your sidebar..
4. Just leave your comments here
5. Contest ends on 7 August at 3pm
6. Just wait for the result. Result is based on Mr. Random Generator..


Since we are talking about FOOD.. of course the prizes are FOOD... Let's see..

1st prize


2nd prize

3rd prize

Dah cakap, bestkan hadiahnya?????????

Harap-harap la aku dapat jugak...Jimat makan ni...Siapa rasa nak join, boleh masuk blog Ibu Emir @ H.O.T Family...:) Wish me luck!

08 Julai 2010

Cendawan Celup Tepung

 

Ni goreng pakai tepung segera saja, so tak dak resepi....hehehe..

11 Jun 2010

Ketam Bercili Telur


Lama tak update resipi masakan aku yang tak seberapa. Since aku malas nak menaip, so aku copy & paste jer la resipi. Haha...Selamat mencuba...

Bahan-bahan ( 4 orang )5-6 ekor Ketam (guna ketam bunga)
8 ulas Bawang Putih - dikisar
15-20 Cili Kering - dikisar
1/2 botol Sos Cili (size kecil)
1/2 botol Sos Tomato (size kecil)
2 sth Cuka (optional) - aku ganti dengan air asam jawa...
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul sedikit) - aku guna sebijik ja...nak jimat telur..wakaka..
Cara-cara
1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya. Lumurkan letam dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga setengah masak.
2.Tumis bawang putih yg tlh dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
4.Tuangkan telur yg telah pukul. Biarkan seketika baru balik-balikkan ketam.
5.Sajikan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar atau bawang goreng.
Sumber resipi dari sini: Resipi Ketam Bercili Telur

31 Mei 2010

Murtabak Maggi

Sekali tengok macam telur dadar, 2 kali tengok baru nampak murtabak..hehe. Yang ni tak yah resepi la. Semua dah tahu nak buat kot. Cuma yang bawah ni lain sikit sebab letak kacang buncis..hehe..Rangup!~

08 Mei 2010

Lemak Kuning Ikan Kerisi

 

Masakan ni adalah masakan kegemaran aku seisi keluarga. Sejak dari zaman budak-budak lagi. Kalau mak aku masak ni, mesti kitorang berebut adik beradik..hehe. Baru-baru ni teringin sangat nak makan. So kena la masak sendiri...

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi (macam ikan merah tu)
1 cawan santan pekat  
1/2 cawan air
4 tangkai cili merah/cili kering*
2 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar dipotong bulat
garam, gula

*Dikisar

Cara-cara:

Tumis bawang besar yang dipotong bulat.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, bertanda *.
Kacau hingga naik bau.
Masukkan santan dan serbuk kunyit.
Tunggu sehingga santan pecah minyak.
Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
Dah mendidih tu, masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa.
Tunggu sehingga ikan masak.

Siap! Senang jer kan. Kalau ikan ni nak ganti dengan nenas yang masak ranum pun sedap. Memang rasa lemak masam manis...Cuba lah yer...

07 April 2010

Ikan Masak Kicap

Ni dah sah-sah adalah resipi orang malas. Yer aku la si pemalas itu.. Ni stok masak bila tekak teringin nak makan masak kicap..

Resipinya pun mudah ja..ala...korang pun reti masak da....

Goreng ikan dulu.
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia bersama cili merah yang dipotong.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Masukkan sedikit air.
Siap.


17 Februari 2010

Jemput-jemput Jagung

Ni jemput-jemput jagung atau cucur jagung yang tah ke-berapa round goreng tah.. Buat habis sebesen menjamu family bapa sedara yang datang umah. Tup tup dorang habis licin sampai aku pun tak sempat makan. So buat lagi sekali untuk tekak aku....



Bahan-bahan:

Isi Jagung (ni kalau amik yang kat batang lagi best..maniss)
Tepung gandum
Daun bawang - dihiris
Cili kering - dihiris halus
Bawang besar - dicincang dadu
Ikan bilis / udang kering - ditumbuk
Telur - untuk lembutkan cucur
Serbuk kunyit (sebagai pewarna)
Soda bikarbonat (jika ada)
Garam & gula
Air

Cara-cara nak buat:

Gaul semua sekali macam nak buat cekodok ke apa ke..Pecahkan telur.
Masukkan garam, gula, air dan gaul rata..
Goreng dalam minyak panas..

Ayam Masak Merah

Ni resepi belajar dari mak aku..hehe... so nak cuba bleh saja..



Bahan-bahannya:

Ayam dipotong ikut suka
Cili kering*
Halia*
Serai*
Lengkuas*
Bawang putih*
Bawang besar*
Santan
Sos Tomato
Sos Cili
Minyak masak
Garam dan gula

*Bahan-bahan ni blend yer..

Cara-cara memasak:

1) Goreng ayam separuh masak.
2) Panaskan minyak then tumis bahan-bahan bertanda * tu hingga garing.
3) Masukkan sos tomato dan sos cili.
4) Masukkan santan. Biar mendidih dan santan pecah minyak sedikit.
5) Masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (kalau nak ler).
6) Gaulkan hingga sebati dan rata.

Kalau nak buat macam ayam masak merah kenduri tu masukkan kacang pis...oke? Peace uolss..
Selamat memasak!

11 Februari 2010

Kangkung Goreng Belacan

Ni resipi kegemaran aku. Seriusss.. sangat suka! So meh nak share sikit cara-cara nak masak.



Mesti kena ada bahan-bahan dulu kan. Bahan-bahan:

Seikat kangkung, dibersihkan dan disejatkan
Minyak untuk menumis
Sedikit kicap manis
5 tangkai cili merah - ditumbuk
6 ulas bawang putih - ditumbuk
6 biji bawang merah - ditumbuk
1 sm belacan - ditumbuk
Ikan bilis / udang kering - ditumbuk

Cara-cara masak:

Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Kemudian masukkan batang kangkung.
Kacau lagi hingga sebati dan batang kangkung empuk.
Masukkan daun kangkung dan masak lagi sampai kecut sikit.
Masukkan kicap manis
Apabila cukup masak dan sekata baru angkat dan hidang.

Senang kan?

10 Februari 2010

Ayam Goreng Berempah

Jom buat ayam goreng berempah cara aku..muahaha...



Bahan-bahan:

Ayam - dipotong ikut suka
10 ulas bawang putih - dikisar
8 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 inci halia
Serbuk kari daging
Garam
Kunyit
Daun kari (goreng bersama ayam)
Sos tiram

Cara-cara:

Gaulkan bahan yang dikisar pada ayam. Perap setengah jam. Kemudian goreng garing. Siap!~~

23 Januari 2010

Sayur Petola Tumis Air Dengan Telur

Nilah resipi paling aku suka. Sebab simple tapi sedap!~~ Hehe perasan.. Tapi yang paling malas nak kupas kulit petola tu la...



Mehla jengah bahan-bahan dia..

Bahan-bahan:
Petola
Bawang putih
Sos Tiram
Telur ayam
Air
Garam
Lada sulah

Cara-cara nak masak:
1) Tumis bawang putih tu then masukkan air.
2) Masukkan petola tunggu sehingga empuk sikit.
3) Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam.
4) Bila dah mendidih tu, pecah kan telur dan kacau..

Kalau nak letak suun pun boleh jugak...cubalah...Siap!~~ Mudah kan.....

22 Januari 2010

Sup Ayam



Ni resepi yang aku masak minggu bila tah. Tak hingat dah. Sup ayam untuk 2 orang makan jer ok.

Bahan-bahan:

1/4 ekor ayam
Garam & lada sulah secukup rasa
bunga lawang (tumis)
kulit kayu manis (tumis)
bunga cengkih (tumis)
bawang besar
bawang putih
Halia
4 cawan air (agak-agak nak sup tu banyak mana)
4 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Bawang merah goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara-cara nak masak pulak:

1)Tumis bahan-bahan tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia.
2)Goreng hingga layu..Masukkan ayam.
3)Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.
4)Masukkan air,ubi kentang & garam.
5)Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk.
6)Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.

Selamat mencuba ya!~~

21 Januari 2010

Cendawan Goreng Campur Bersama Fish Cake




Ni resepi masa nak ngabiskan stok yang ada:

Bahan-bahan:
Cendawan Kering (rendam dahulu)
Kobis bunga
Lobak merah
Kobis
Fish Cake
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Minyak masak
Sos Tiram
Lada Sulah
Garam
Serbuk pati ayam
Air

Cara-cara nak masak pulak, simple jer...tumis tumis...

1) Tumis bawang merah & bawang putih.
2) Masukkan fish cake yang dihiris nipis.
3) Masukkan lobak merak.
4) Masukkan sos tiram, masukkan kobis, kobis bunga dan cendawan.
5) Masukkan air. Kalau nk kuah banyak, masuk air lebih sikit.
6) Masak sehingga sedikit layu, masukkan lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.

Siap...sonang ja weh nak goreng sayur..hahaha.

07 Januari 2010

Siakap Sweet Sour



Resepi ni aku masak hari Selasa lepas. Tingin nak makan ikan lor...

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan siakap (aku pakai 1/2 ekor jer)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 bawang besar dihiris bulat
1/4 batang lobak merah dihiris panjang
1 biji jagung manis dibuang dihiris panjang
½ cawan air

Cara-cara nak masak ni kan:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan siakap yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit.
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, jagung dan bawang besar yang dipotong bulat.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.

Resipi diolah dari -->sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails