11 Februari 2010

Kangkung Goreng Belacan

Ni resipi kegemaran aku. Seriusss.. sangat suka! So meh nak share sikit cara-cara nak masak.



Mesti kena ada bahan-bahan dulu kan. Bahan-bahan:

Seikat kangkung, dibersihkan dan disejatkan
Minyak untuk menumis
Sedikit kicap manis
5 tangkai cili merah - ditumbuk
6 ulas bawang putih - ditumbuk
6 biji bawang merah - ditumbuk
1 sm belacan - ditumbuk
Ikan bilis / udang kering - ditumbuk

Cara-cara masak:

Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Kemudian masukkan batang kangkung.
Kacau lagi hingga sebati dan batang kangkung empuk.
Masukkan daun kangkung dan masak lagi sampai kecut sikit.
Masukkan kicap manis
Apabila cukup masak dan sekata baru angkat dan hidang.

Senang kan?

8 ulasan:

sHaM berkata...

Uh tidak..jangan jangan jangan!! sudah ber'orkestra' perut ini..

zella berkata...

sodap mkn dengan ns panas n ikan goreng... ;)

My-Dapur berkata...

sHaM: hahaha..orkestra lagu apa tu?

zella: ye mmg betul..pastu tambah tomyam pulak. lagiiiiii sedap..hehe

cik idaY berkata...

bgs ader blog camni..6t senang nk blajar masak..mak pon dah xbebel...hahah..tq erk...

My-Dapur berkata...

cik idaY: tu pasal la..kang nanti bleh refer balik kalau lupa resipi...

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

kalau kangkung ni...tukar ngan bayam pon sedap jugak kan? hehe...bayam goreng tepung pon sedap tau..pernah rase?

My-Dapur berkata...

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤, uii mestila..yang tu buat kudapan di hari raya...tapi bukan sy yang masak. hehe

Tanpa Nama berkata...

baru test td.. sdap tp msin skit.. anway thanx 4 da resepi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails