17 Ogos 2009

Kurma Lemak Daging


Lama sungguh tak masak kurma ni. Holaah, kebanyakan orang suka gulai lagi daripada kurma.

Meh kita jenguk resipi dia. Bahan-bahan dia kor
ang agak2 la sendiri yer...

Bahan tumis:
1 Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
4/5 Bunga cengkih
2 biji Buah pelaga
6 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
Halia(besar ibu jari) haha

Bahan utama:
Daging dipotong ikut suka
Kentang dipotong sesuka hatimu
Rempah kurma (pakai sepaket sudah kalau nk makan kt umh)
Santan
Bawang besar (belah 4)
Cili merah / hijau
Minyak masak untuk menumis
Garam, gula, lada sulah

Cara-cara nak masak:

Tumis bahan-bahan menumis tu dulu. Pehtu bancuh rempah tu dengan sikit air dan tumiskan sekali. Ada juga yang perap dulu daging dengan rempah tu. Tapi ikut cara memasing le kan. Bila dah pecah minyak tu, masukkan daging dan kentang. Dan masukkan air untuk nak empukkan daging dan kentang tu. Bila daging dah lembut, masukkan santan, bawang besar, cili. garam , gula dan lada sulah. Biarkan dulu sampai la naik minyak. Then tutup le api. Nanti terbakar dapur.. hehe. Siap!!




Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails