08 Mei 2010

Lemak Kuning Ikan Kerisi

 

Masakan ni adalah masakan kegemaran aku seisi keluarga. Sejak dari zaman budak-budak lagi. Kalau mak aku masak ni, mesti kitorang berebut adik beradik..hehe. Baru-baru ni teringin sangat nak makan. So kena la masak sendiri...

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi (macam ikan merah tu)
1 cawan santan pekat  
1/2 cawan air
4 tangkai cili merah/cili kering*
2 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar dipotong bulat
garam, gula

*Dikisar

Cara-cara:

Tumis bawang besar yang dipotong bulat.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, bertanda *.
Kacau hingga naik bau.
Masukkan santan dan serbuk kunyit.
Tunggu sehingga santan pecah minyak.
Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
Dah mendidih tu, masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa.
Tunggu sehingga ikan masak.

Siap! Senang jer kan. Kalau ikan ni nak ganti dengan nenas yang masak ranum pun sedap. Memang rasa lemak masam manis...Cuba lah yer...

6 ulasan:

a d r e y n i e e l i s y a berkata...

nasib baiklah tekak ni x berapa suka bnda2 bersantan..

kalo x, mst mo terus cuba lunch nnt..
huhuhu

pago" berkata...

sedap nih..sbb santan pekat!

Ms.osha berkata...

kak niza..
nnt sy nk try buat la..
hehe..

My-Dapur berkata...

a d r e y n i e e l i s y a: ha ah, resipi ni ada santan...

pago": mmg sedap..:)

Ms.osha: ha ok,pastu gtau sedap ke tak..hehe

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

masak lemak ikan masin kurau campo nenas pon sedap jugak...wallah gitu...hehehe

My-Dapur berkata...

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤, ha ah..lama tak makan tu sbbnya hubby kurang sikit...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails