06 April 2011

Salad sayuran


Salad + tomato ceri + lobak merah + sos thousand island....

28 Mac 2011

Resipi Serawa Durian


Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan):

Sukatan pandai-pandai la korang agak eh...:P

Isi buah durian (dalam sebiji buah)
Santan kelapa
Air
Daun Pandan
Gula (nak ganti dengan gula merah pun boleh)
Garam
Sedikit air

Cara-cara:

Ramas buah durian dengan bijinya sekali. Masukkan santan dan daun pandan. Masukkan air jika perlu atau nak bagi kuah cair sedikit. Masa sampai mendidih. Masukkan garam dan gula jika nak lebih manis.

Siap! Boleh cicah dengan roti tawar atau roti jala...:)

02 Februari 2011

Sambal tumis terung dan udang kering


Eh nak resipi gak ke? tak yah la.. Buat macam sambal tumis biasa, cumanya tambah udang kering yang ditumbuk kasar.

Sedap! Tak percaya, sila cuba....

13 Januari 2011

Asam Pedas Tumis Ikan Pari


Got this resipi from Puan Aida. Yer serius tak penah masak resipi ni sebab aku kan orang Kedah. Asam pedas utara lain sikit. Kat sini dorang panggil asam rebus. Haishhh pening. Hahaha.. Puan Aida bagi kot chat window jer resipi ni...nasib jadi...hehehe..

Resipi:

Cara2nya: 
bwg putih 1 ulas, bwg merah 3 ulas, halia 1 inci, kunyit 1 inci, belacan sedikit. tumbuk mereka2 ini semua, pastu tumis dalam periuk ye. dah wangi2 tu masukkan cili giling dalam 3 sudu, lps naik minyak letak air asam jawa, letak air sikit,jgn byk sat g caroi pulak kuah tu. masukkan bunga kantan (ikut la korang nak potong macam mane), daun kesum dan ikan. letak garam sket. dah jadi.. 

Ha tu dia aku kopipes dari blog Puan Aida... 

Tapi aku tambah serbuk kari ikan satu sudu besar kasi 'kick'. Ni kak Ros bagi petua pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails