11 Mei 2012

Kubis masak lemak






Ni resepi yang aku cilok dari internet sebab malas nak taip.. Cara masak dia sama jer..hehe

  • 1/2 biji kubis (di potong besar skit)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil (udang kering juga boleh) 
  • Bebola ikan
  • 1 biji bawang besar (di hiris besar)
  • 1 biji cili besar
  • Sedikit gara
  • Lada sulah

Cara-cara

  1. Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi. akhir sekali masukan bawang merah, garam dan lada sulah. 
  2. Siap untuk di santap bersama keluarga. Semasa masak hendaklah sentiasa kacau, jika tidak santan akan pecah minyak. 
Sumber: My Resipi

30 Mac 2012

Ikan keli berlada


Sedapnya ikan keli. Memang my all time feveret ikan keli ni. Kali ni kita try buat ikan keli berlada pulak.

3 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugur/asam keping
secubit gula
secubit garam dan kunyit
minyak untuk menumis   

Bahan dikisar :
10 biji cili api (ikut suka, nak pedas lagi boleh letak lebih)
10 biji cili merah
sedikit belacan
2 ulas bawang merah

Cara memasak:
  1. Bersihkan ikan keli untuk hilangkan hanyir.
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi.
Siap...selamat mencuba!

31 Oktober 2011

Kerabu Timun & Nanas

 

Resipi ni lain sikit dari yang selalu kita buat acar timun tu. Nak buat pun senang sangat. Boleh gandingkan dengan nasi tomato dan ayam masak merah.

Bahan-bahan:

Timun, nanas, bawang besar
Sos cili, kacang yang telah ditumbuk, sedikit gula dan garam

Cara penyediaan:

Hiris timun, nanas dan bawang ikut kesukaan masing-masing.
Masukkan sos cili, garam dan gula ke dalam bahan di atas. Gaulkan sehingga rata.
Taburkan kacang tumbuk dan gaulkan. 
Siap. 

Mudah bukan. Rasa pun lagi sedap nak nak kalau letak dalam peti sejuk. Selamat mencuba.

15 Ogos 2011

Resipi Ayam Masak Merah

 

Berikut adalah resipi ayam masak merah dari buku Senangnya Memasak....Ayam oleh Chef Hanieliza... Memang senang sangat.

Bahan A:
- 1 ekor ayam
- 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
- 2 sudu besar sos tomato
- Minyak masak
- Garam gula secukup rasa
- Serbuk kunyit

Bahan B (dikisar):
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 2 batang serai
- 4 biji tomato

Cara-cara memasak:
1. Ayam dipotong kecil, dibersihkan dan gaul bersama garam kunyit. Goreng hingga masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan ayam yang sudah digoreng, bawang besar, sos, garam, gula secukup perasa dan serbuk perasa jika perlu.
4. Gaul sehingga sebati dan rata.
5. Siap untuk dihidang.

Kalau nak masukkan kacang pis pun boleh jugak dalam ayam ni. Senangnyaa memasak ayam masak merah kan....hehehe...Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails