27 Ogos 2009

Kacang Buncis Goreng Dengan Sotong

Auww..mak tak rela nyahh...Yerlaa.. 'sotong' kan..lembut la sket..hihi jangan mare..

Aku ni nak makan mesti ada sayur. Kekadang tu masak nasi goreng ke, even masak maggi pun, sayur meremut dalam pinggaaan... Jadi meh share resipi sayur aku goreng live dari dapur saya yer..

Bahan-bahan:

Kacang buncis (ikut suka banyak mana)
Kubis (ikut suka hati)
Sotong 2-3 ekor ikut size sotong tu lerr
Bawang putih 2 ulas ni kasi tumbuk sket
Cili merah untuk hiasan
Sos tiram 2 sudu
Garam & gula
Minyak masak
Air

Then:

Tumis bawang putih
Masukkan sotong biar separuh masak ja ni
Masukkan sos tiram
Masukkan kacang & kubis tadi
Goreng sampai kelayuan then masukkan air sket..
Masukkan garam & gula
Last sekali masuk la cili merah... siap!!!!
Pastu santaappp!!!!!!!

26 Ogos 2009

Sambal Udang Dengan Kentang

Ni sebab stok udang tinggal sikit, so aku pun letak le ubi kentang, nak bagi ramai.. haha. So meh kita usha sket resipi ni... Aku ni jenih main campak-campak ja.. pepandai la agak..

Bahan-bahan:

Udang sekilo
Kentang 2 ketol (goreng dulu)
7-10 tangkai Cili kering (diblend)/ cili boh pun oke...hampa boh jaaa...:p
2 Bawang besar (diblend)
1/2 bawang besar dihiris bagi nipis ni hiasan saja...
4 ulas Bawang putih (diblend)
Belacan besar ibu jari (diblend) kalau nk rompong idung tambah lebih sket..hihi
1 mangkuk Air asam jawa / asam keping pun 'on' tapi nnti kuah kering..
Minyak
Gula & Garam

Then:

Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan berlabel 'blend' tu.
Dah nampak masak sket cili tu then masuk ler air asam jawa.
Tunggu sket sampai cili tu kering then masukkan udang.
Masak lagi sampai udang masak.
Masuk ler garam , gula.
Last kali masukkan kentang yang dah goreng tu dengan bawang yang dah hiris tadi...

Tu ja..senang kan?? aku mmg masak yang senang2 ja sbb yang susah2 aku masak kat kedai .. haha...

22 Ogos 2009

Sambal Tumis Udang

Meh kita blajaq cara-cara nak masak sambal tumis udang. Cara aku la...

Udang basah yang halus (size ikut suka)

1 senduk cili boh (lagi sedap pakai cili kering blend)

10 ulas bawang merah (blend)2 ulas bawang putih (blend)1 inci belacan (blend)

Air asam jawa / asam keping

GulaGaram

2 senduk minyak kelapa

******************************************************

Cuci udang pastu toskan.

Masukkan minyak dalam kuali ka periuk ka sukati korang ler..

Tumis cili dan bawang yang telah diblend tadi.

Dah nampak garing sket,masukkan 1 cawan air. Tutup periuk. (ni penting takut sakit perut lak kalau cili tak masak..hihi)

Apabila keluar minyak kacau skit.

Dah tu masuk plak satu mangkuk air asam jawa, gula, garam.

Last sekali masukkan udang dan tutup periuk.

Bila sudah berminyak dan pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Pastu apa??? Makaaann...oo bab makan pandai ja noo..

17 Ogos 2009

Maggi Perisa Belacan



Ini hanyalah maggi biasa... Perisa standard yang ada di kedai tu...
Tapi untuk menyedapkan rasa lagi, masukkan sedikit belacan.. kalau boleh yang serbuk la.. kang masuk yang buku-buku tu rasa mcm makan belacan pulak kan..

Yup, ni resipi yang saya dapat masa pergi berkursus ye.. Penceramah yang bagi tau. not bad gak rasa dia! Ubah selera sekali sekala ya dokk?

Teknik masakan dia terpulang pada puan-puan cuma masukkan sedikit serbuk belacan untuk menikmati maggi cara Melayu..

Selama mencuba!!

Kurma Lemak Daging


Lama sungguh tak masak kurma ni. Holaah, kebanyakan orang suka gulai lagi daripada kurma.

Meh kita jenguk resipi dia. Bahan-bahan dia kor
ang agak2 la sendiri yer...

Bahan tumis:
1 Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
4/5 Bunga cengkih
2 biji Buah pelaga
6 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
Halia(besar ibu jari) haha

Bahan utama:
Daging dipotong ikut suka
Kentang dipotong sesuka hatimu
Rempah kurma (pakai sepaket sudah kalau nk makan kt umh)
Santan
Bawang besar (belah 4)
Cili merah / hijau
Minyak masak untuk menumis
Garam, gula, lada sulah

Cara-cara nak masak:

Tumis bahan-bahan menumis tu dulu. Pehtu bancuh rempah tu dengan sikit air dan tumiskan sekali. Ada juga yang perap dulu daging dengan rempah tu. Tapi ikut cara memasing le kan. Bila dah pecah minyak tu, masukkan daging dan kentang. Dan masukkan air untuk nak empukkan daging dan kentang tu. Bila daging dah lembut, masukkan santan, bawang besar, cili. garam , gula dan lada sulah. Biarkan dulu sampai la naik minyak. Then tutup le api. Nanti terbakar dapur.. hehe. Siap!!




Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails